Thursday, October 17, 2024
HomeBERITATiga pegawai PDRM naik pangkat

Tiga pegawai PDRM naik pangkat

Berkuatkuasa 23 Mac 2020, tiga pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan bakal membuat pertukaran pangkat selaras laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad.

SAC Zainudin Ahmad yang kini memegang jawatan Penolong Pengarah E1C, Cawangan Khas, Bukit Aman akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Nakortik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkortik, Bukit Aman bermula bulan depan.

Manakala, Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan terkini iaitu ACP Zafari Zulkifli ditukarkan kepada Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Pegawai ketiga iaitu Supt Mohd Yusof Che Me daripada Ketua Cawangan Khas Perlis mengambil alih pangkat menjadi Ketua Cawangan Khas Negeri Sembilan.

Susulan arahan pertukaran ini, Zainudin Ahmad yang kini berpangkat (SAC) akan dinaikkan pangkat sebagai Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Zafari Zulkifli daripada Asisten Komisioner Polis (ACP) kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) serta Supt Mohd Yusof Che Me dilantik Asisten Komisioner Polis (ACP).

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourcePDRM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments