Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAAli Puteh cabar Aliff Syukri berdepan dengannya dan keluarga

Ali Puteh cabar Aliff Syukri berdepan dengannya dan keluarga

Pemergian pelawak terkenal Abam Bocey masih dirasai, dan sudah tentu ahli keluarga serta teman-teman terapat masih dalam fasa berduka.

Belum mencecah dua minggu pemergian arwah, tiba-tiba laman media sosial dikejutkan dengan perkongsian yang kurang enak didengar dan mengejutkan ramai.

Melalui perkongsian dari jutawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri menimbulkan rasa kurang senang dan juga amarah dari pihak keluarga arwah Abam Bocey dan juga netizen.

View this post on Instagram

sy tak faham…. sy hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sbb sy lihat dia memerlukan .. dan bertanya khabar.. dan sy disambut baik dr mereka… dan smua soalan sy dah di setujui oleh mereka bkn i suka2 tanya (harap maklum jgn cakap i x jaga sensitviti org) …. Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris esok ptg. tak kaya pun buat youtube duit bayar duit minyak kete i jeee lepas..ūü§£ memang i bantu smua org…kalau nak bincng baik2 i ok jerrr… kenapa mcm nak gaduh?? . . good nite smua.. sebelum mengutuk tngok dulu live dulu .. sy x salah kan sesiapa.. malah x mengutuk sesiapa pun.. cuba dengar…sy ada 10kali rakaman vedio lagi malah sbblum posting ofcoz persetujuan smua nak bahan smua sy simpan…kami dtg pun berjemput soo pikirkan (aku x kayalah duit youtube dah lama buat bisnes lah ) .. tunggu tindakan saya..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Permulaan kepada pertelingkahan berlaku apabila Aliff Syukri telah membuat ‘live’ ketika menziarahi dan juga memberi bantuan terhadap balu arwah Abam, namun yang lebih mengejutkan apabila Aliff Syukri turut menyentuh berkenaan harta yang ditinggalkan.

Dalam live berkenaan, balu arwah Abam memaklumkan telefon bimbit dan juga kereta yang ada telah diambil oleh ahli keluarga arwah suaminya.

Demi kelangsungan hidup, dia bersama-sama ayahnya akan memajukan perniagaan yang sedia ada.

Dalam pada itu, adik arwah Abam, Ali Puteh terkilan dengan tindakan Aliff Syukri dan juga balu arwah abangnya.

View this post on Instagram

Aku cabarrrr kauu!!!

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

Sesiapa sahaja sudah tentu tidak senang apabila orang luar cuba untuk mencampuri urusan keluarga disaat kesedihan pemergian salah seorang ahli keluarga masih belum terubat.

Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments