Sunday, May 19, 2024
HomeDUNIATiga beradik berkongsi minat menari bersama

Tiga beradik berkongsi minat menari bersama

Menari adalah salah satu aktiviti yang bukan saja menghiburkan, malah dapat mengeluarkan peluh.

Lebih seronok jika ia boleh dilakukan bersama ahli keluarga.

Perkongsian tiga orang adik-beradik berasal dari Filipina ini sangat menarik.

Mereka sering kali memuatnaik video klip mereka menari bersama di laman media sosial Instagram dan Facebook masing-masing.

Pastinya mata terpana melihat kelincahan gerak tari mereka mengikut tempo alunan muzik rancak.

Tapi yang paling menarik perhatian ialah si kecil sunti, bukan main lagi lenggoknya mengikut alunan muzik.

Tak mahu kalah dengan abang dan kakaknya. Alahai kenapa comel sangat ni.

Selain perkongsian tarian, mereka juga sering memuatnaik foto dengan gaya bersahaja mereka.

Yang nyata kami di The Malaya Post turut merasai aura bahagia tiga beradik ini termasuk ahli keluarga mereka yang ceria dan sangat menyokong antara satu sama lain.

Semoga perkongsian ini mampu memberi inspirasi agar kita kekal cergas dan positif walaupun dalam suasana pandemik ????????????????

 

Untuk rekod, Niana Jose Evidente Guerrero dan Ranz Kyle Viniel Evidente Ongsee merupakan penari berasal dari Filipina dan juga personaliti media sosial.

Haa, apa lagi, jom cuba gaya menari ala mereka. Kita amalkan gaya sihat. –THE MALAYA POST.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments