Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPelakon Indonesia Revalina bahagia disisi suami dan anak-anak

Pelakon Indonesia Revalina bahagia disisi suami dan anak-anak

Ingatkah anda dengan sebuah sinetron Indonesia yang popular dan mendapat sambutan di negara kita sekitar tahun 2004?

Siri televisyen sebanyak 108 episod ‘Bawang Putih Bawang Merah’ itu menarik minat penonton bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang sarat denganĀ  pengajaran, malah barisan pelakon yang cantik dan popular.

Ternyata lakonan mantap pendukung utamanya iaitu Nia Ramadhani (Bawang Merah) dan Revalina S.Temat (Bawang Putih) telah berjaya menambat hati jutaan penonton.

Selepas 17 tahun berlalu, pasti ada yang tertanya-tanya ke manakah hilangnya heroin si cantik manis Revalina.

Menerusi platform media sosial Instagram peribadinya, Revalina, 36 tahun, ada berkongsi aktiviti hariannya buat tatapan pengikut.

Selesa berhijab dan bergaya muslimah, beginilah penampilan ibu kepada dua cahayamata tersebut.

Walaupun tanpa secalit tatarias, Revalina tetap kelihatan cantik seperti dahulu.

Tak berubah langsung.

Untuk rekod, karier Revalina bermula sebagai seorang model yang kemudiannya terjun ke bidang lakonan. Antara filem dan drama yang pernah dilakonkannya ialah Pocong 2 (2006), Cintaku Forever (2007), Oh My God (2008), Perempuan Berkalung Sorban (2009), Red Cobex (2010), Satu Jam Saja (2010), Semesta Mendukung (2011), Kita Versus Korupsi (2012), Ummi Aminah (2012), Wanita Tetap Wanita (2013), Isyarat (2013), Oo Nona Bobo (2014), Assalamualaikum Beijing (2014), Pasukan Garuda ; I Leave My Heart In Lebonan (2016) dan Critical Eleven (2017).

Mungkinkah Revalina akan kembali beraksi di layar perak dan kaca televisyen? Atau dia lebih selesa hidup tenang berbahagia bersama suami dan keluarga tersayang?

Sama-sama kita nantikan.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments