Saturday, May 18, 2024
HomeBERITATidak pernah terpalit sebarang kontroversi sepanjang bergelar anak seni, Allahyarham Dato’ Nassier...

Tidak pernah terpalit sebarang kontroversi sepanjang bergelar anak seni, Allahyarham Dato’ Nassier Wahab insan seni yang patut dicontohi

Sebelum ini dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi yang mula mencipta nama pada era 1980-an iaitu Dato’ Nassier Wahab.

Allahyarham yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu ketika usianya mencecah 57 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan tunggal.

Beliau meninggal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.45 pagi kerana menghidapi ketumbuhan pada rahang kiri tahap empat.

Baru baru ini, anak saudaranya yang juga seorang selebriti versatile, Alif Satar telah berkongsi satu foto di laman Instagram miliknya.

“i will always remember you like this uncle Nassier… innalillahiwainnailayhirojiuun…” tulis Alif dan turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan Alif bersama Dato’ Nassier Wahab.

Menurut Alif, wajah bapa saudaranya itu tidak dimamah usia dan sentiasa kelihatan muda.

Alif memberitahu, bapa saudaranya sering mengamalkan membaca Surah Yusuf untuk menaikkan seri wajahnya.

Maka tidak hairanlah jika Dato’ Nassier Wahab sentiasa kelihatan awet muda.

Sebelum pemergiannya, arwah sempat merakam sebuah lagu yang bertajuk Cinta Fahat, dan tiada siapa mampu menduga ini merupakan rakaman lagu terakhirnya.

Jika kita amati, sepanjang bergelar anak seni Dato’ Nassier Wahab seorang penghibur yang sangat menjaga nama baiknya dan tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi.

Beliau dilihat sebagai seorang insan seni yang molek tutur katanya dan tidak pernah terpalit dengan sebarang cerita negatif.

Kami dari The Malaya Post mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah Dato’ Nassier Wahab.
Al-Fatihah.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments