Pemakaian penutup hidung dan mulut atau ‘face mask’ bertujuan menghindar diri dari terkena jangkitan virus merbahaya.
Adalah wajib untuk memakainya jika seseorang bergejala supaya tidak menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
Namun dalam beberapa situasi dan keadaan, pemakaian ‘face mask’ dilihat kurang sesuai dan mengundang ketidakselesaan si pemakai.
Sebagai contoh, ketika anda sedang melakukan aktiviti bersenam, berlari dan berbasikal, anda TIDAK perlu memakai topeng muka.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, pemakaian topeng muka ketika bersenam akan menyukarkan pernafasan.
Apatah lagi ketika bersenam kita akan berpeluh dan peluh ini menyebabkan topeng muka basah.
Topeng muka yang basah bukan sahaja menyukarkan pernafasan, malah kuman pun mudah membiak. Ini akan memberi kemudaratan pula kepada kesihatan anda.
Jadi, tidak perlulah menggunakan topeng muka ketika bersukan.
Paling penting pastikan ada PENJARAKAN SOSIAL dan jaga kebersihan diri.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Sekiranya anda bersenam, berlari & berbasikal, anda TIDAK perlu memakai topeng muka. Paling penting pastikan ada jarak sosial, jangan rapat rapat antara satu sama lain.
Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 17 June 2020

Leave a Reply