Ular terdiri dari beberapa jenis. Ada yang berbisa seperti ular selar, senduk atau tedung.
Bisa ular menjadi racun dan mampu membunuh. Manakala ular sawa pula membunuh dengan cara membelit mangsa sehingga hancur tulang temulang sebelum dimakan. Terdapat juga spesis kecil seperti ular daun.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Ahmad Zakwan Zakaria, pemuda ini berkongsi bagaimana mengenalpasti kehadiran ular selar.
Ilmu ini diperolehi ketika dia memulakan latihan praktikal di Ladang Rakyat suatu ketika dulu daripada tenaga pengajarnya yang bernama Mandur Jani.
“Kalau dengar seakan ayam berkokok di kawasan paya, jangan pergi dekat.
“Beginilah bunyi ular tedung selar. Bunyi seperti ayam berkokok.
“Semua dah tahu kemampuan bisa ular tedung selar. Kalau tak ke ICU ke alam kubur.
Nasihatnya, bila masuk kebun atau ladang, perhatikan suasana sekeliling terutamanya apabila musim panas, ular selar biasanya akan berada di kawasan lembap dan berair.
Contohnya, kawasan paya dan anak anak sungai.
Moga kita semua terhindar dari haiwan berbisa ini.
Minta dijauhkan 😰
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Masih ingat lagi pesan Mandur Jani pada saya sewaktu mula latihan praktikal di Ladang Rakyat dulu. Pesannya, kalau…
Posted by Ahmad Zakwan Zakaria on Tuesday, 2 June 2020

Leave a Reply