Tidak patuh SOP, 12 tapak binaan diarah tutup

0

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Msia (CIDB) telah membuat pemeriksaan kumulatif 7,083 tapak binaan di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah terbabit, didapati 1,444 tapak binaan patuh SOP yang ditetapkan manakala 317 tapak binaan tidak patuh SOP dan telah diberikan amaran.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 12 tapak binaan telah diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan 5,310 tapak binaan lagi tidak beroperasi.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply