Surau di pusat membeli belah dan R&R dibuka semula esok

0

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini memutuskan membenarkan pembukaan semula surau-surau di pusat membeli belah dan di kawasan Rehat & Rawat (R&R).

Berita berkenaan dikongsi oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebentar tadi.

“Ini berhubung dengan aktiviti rentas negeri yang telah dibenarkan bermula esok (10 Jun) yang mana orang ramai semestinya memerlukan surau untuk menunaikan solat ketika dalam perjalanan merentas negeri.

“Walaubagaimanapun pembukaan ini tetap tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan dan kepada mereka yang ingin menunaikan ibadat solat di surau-surau perlulah mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial serta lain-lain SOP yang telah dikeluarkan,” ujar beliau.

Manakala gerai-gerai di kawasan R&R juga dibenarkan untuk beroperasi bermula esok.

Tambah beliau lagi, ahli mesyuarat juga membuat keputusan membenarkan para pengusaha restoran, gerai-gerai makan dan semua perniagaan menjual makanan beroperasi sehingga jam 12 malam.

Kebenaran ini juga tertakluk untuk kedai-kedai serbaneka juga runcit, yang sebelum ini beroperasi sehingga 24 jam dan kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply