Friday, May 24, 2024
HomeBERITATidak dapat menahan perasaan, BCL menangis ketika melakukan persembahan

Tidak dapat menahan perasaan, BCL menangis ketika melakukan persembahan

Meskipun masih berada dalam fasa berduka kerana pemergian suami pada 18 Februari lalu, namun Bunga Citra Lestari memilih untuk bersikap profesional dan tampil melakukan persembahan kerana hidupnya bersama anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair harus diteruskan.

Buat pertama kali setelah pemergian suaminya, Bunga tampil untuk sebuah acara muzikal Friday Fusion yang berlangsung di SQ Dome, Cilandak, Jakarta Selatan.

Berdasarkan video yang dimuatnaik di laman Instagram kelab peminatnya @bclsinclairashraf, kelihatan Bunga yang menahan sebak ketika menyampaikan beberapa bait lagu Cinta Sehati dan dibantu oleh para peminat yang hadir.

Di majlis berkenaan juga Bunga membawakan lagu Cinta Sejati serta Harta Berharga dan menurut Bunga dia masih belum dapat membawakan lagu yang berentak ceria dan gembira.

Menurut Bunga lagi, buat kali pertama dia menyanyikan lagu Cinta Sejati setelah 10 hari pemergian almarhum Ashraf dan jelas kelihatan mata Bunga yang jelas kelihatan bengkak akibat menangis.

Di akhir nyanyian lagu tersebut, Bunga sempat mengungkapkan ‚Äúi love you‚ÄĚ kepada para peminatnya yang tidak putus putus memberikan sokongan. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments