Wednesday, May 15, 2024
HomePOLITIKApa sudah jadi dengan politik Malaysia?

Apa sudah jadi dengan politik Malaysia?

Gabungan baharu yang diperkatakan membabitkan BERSATU, UMNO, PAS dan blok bebas pagi ini dikhabarkan ke istana menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berikut foto bertebaran di media sosial pagi ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendirian menentang sebarang bentuk kerjasama dengan individu yang terpalit dengan rasuah dan oleh kerana itu beliau bersedia untuk menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan medianya pagi ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir Mohamad berkata beliau mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.

Gempar pagi ini apabila Pakatan Harapan (PH) telah mencalon Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8.

PH merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada PRU14, justeru itu, Pakatan Harapan berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto Pakatan Harapan dalam kerajaan.

Tujuh pemimpin mewakili Pakatan Harapan ke kediaman Tun Dr. Mahathir pagi ini dan bertemu dengan Perdana Menteri Interim.

Foto ini dimuatnaik Senator, Liew Chin Tong di facebooknya lebih sejam yang lalu.

Minggu lalu, Tun Dr. Mahathir telah meletak jawatan dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan melantik semula Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim.

Justeru mengikut Akta fungsi-fungsi Menteri 1969, perintah menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1969, Tun Dr. Mahathir berhak melantik sesiapa untuk membantu dalam urusan pentadbiran negara pada ketika ini selaras dengan Warta Kerajaan yang diterbitkan semalam.

Perkara berikut dikongsi pengamal media Firdaus Abdullah di facebooknya.

Persoalannya sampai bila gelora ini bakal berakhir? Rakyat semakin keliru, ekonomi negara tidak menentu, kepada Allah SWT kami berserah.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments