Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATiada rakyat Malaysia dijangkiti COVID-19 di Beijing

Tiada rakyat Malaysia dijangkiti COVID-19 di Beijing

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia hari ini melaporkan perkembangan mengenai penularan terkini wabak COVID-19 di Beijing.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamarudin Jaffar memaklumkan setakat ini situasi adalah terkawal dan tiada rakyat Malaysia yang dijangkiti.

Walau bagaimanapun, beliau berkata semua rakyat Malaysia di Beijing harus mematuhi peraturan saringan kesihatan tempatan dan disarankan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting ke daerah-daerah yang terjejas.

“Warganegara Malaysia yang tinggal di Beijing atau yang sedang merancang perjalanan dari atau ke Beijing juga adalah dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga yang ditetapkan.

“Kementerian turut menggalakkan semua warganegara Malaysia di China untuk mengambil kira kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan apabila merancang perjalanan masing-masing,” ujar beliau dalam siaran media hari ini.

Semua warganegara Malaysia di republik berkenaan digalakkan untuk memaklumkan kepada orang yang boleh dihubungi dalam kes kecemasan, sekiranya belum melakukannya lagi.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berada di sana turut diingatkan untuk memaklumkan maklumat kontak rapat yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kes kecemasan kepada kedutaan atau Konsulat-Jeneral yang berhampiran atau menerusi pautan https://is.gd/MyCn2020.

Posted by Wisma Putra on Saturday, 20 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments