Task Force Operasi Pematuhan telah melaksana 67,004 pemeriksaan pada 19 Jun bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dilaporkan sebanyak 3,744 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan yang melibatkan seramai 16,675 anggota.
PDRM telah menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
Daripada jumlah ini, 40 individu telah direman dan lapan lagi dikenakan kompaun.
Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuklah aktiviti refleksologi atau urut (10) dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial (38).
Dalam perkembangan lain, Operasi Benteng yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bertujuan mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.
Menurut laporan, PDRM telah membuat 69 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara serta memeriksa 34,275 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.
PDRM telah berjaya menahan 10 warga asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply