Sunday, June 23, 2024
HomeBERITATiada pancaran radiasi, Termometer Inframerah tanpa sentuh selamat digunakan

Tiada pancaran radiasi, Termometer Inframerah tanpa sentuh selamat digunakan

Penggunaan termometer inframerah tanpa sentuh atau pengimbas suhu tidak menyebabkan kanser atau kecederaan kepada otak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan mengulas pengimbas suhu yang telah digunakan secara meluas semasa pandemik COVID-19 tidak memancarkan radiasi berbahaya dan selamat digunakan.

“Termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan direkabentuk untuk mengesan serta menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik.

“Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia.

“Oleh kerana ia tidak memancarkan radiasi, ianya selamat digunakan,” jelas DG Kesihatan berkenaan.

Pengimbas suhu yang 'ditembak' di dahi kita sebelum dibenarkan memasuki premis tidak menyebabkan kanser tetapi merokok punca utama kanser.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 04 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments