Thursday, May 30, 2024
HomeBERITABayaran balik PTPTN ditangguh sehingga akhir tahun ini

Bayaran balik PTPTN ditangguh sehingga akhir tahun ini

Kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selaras dengan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad berkata langkah yang diambil kerajaan di bawah pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, bertujuan untuk melindungi rakyat, menyokong pemiagaan dan memperkukuh ekonomi dan pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam PTPTN untuk tempoh bulan lagi bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember dengan nilai anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta.

“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion dan kesemua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini, namun sekiranya terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan.

[KENYATAAN MEDIA]PELANJUTAN TEMPOH PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN SEHINGGA 31 DISEMBER 202004 OGOS 2020

Dikirim oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada Selasa, 04 Agustus 2020

“Kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran hidup disebabkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Beliau turut berharap dengan pengumuman ini, ianya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian : 03 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments