Wednesday, July 17, 2024
HomePOLITIKTiada Kekosongan? Wan Azizah wajar beri laluan pada Anwar Ibrahim - Saiful...

Tiada Kekosongan? Wan Azizah wajar beri laluan pada Anwar Ibrahim – Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR 29 Ogos 2019 – Bekas Pembantu Peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata peralihan, transisi kuasa yang lancar amat penting demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran tadbir urus kerajaan.

Justeru tambah beliau adalah penting dan wajar, jika benar akan ada transisi kuasa dalam tempoh lapan bulan lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada rombakan kecil yang bakal dibuat Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.

“Ini kerana, untuk mengambil alih tampuk pemerintahan bukan perkara mudah. Beliau perlu sedikit sebanyak berada dalam pentadbiran, mengambil maklum urusan kerajaan, di beri tugas-tugas untuk mempersiap diri beliau selaku Perdana Menteri, agar segala perancangan dan dasar kerajaan PH dapat diteruskan” katanya kepada The Malaya Post.

Atas alasan itu tambah Saiful Bukhari, 34 tahun, maka amatlah wajar Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan, untuk beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.

“Justeru, pada hemat saya, memandangkan Perdana Menteri maklum tiada kekosongan, maka amatlah wajar Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan, untuk beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera” katanya lagi.

Kata beliau lagi, sekiranya Datuk Seri Wan Azizah enggan beri laluan pada rombakan kecil kali ini, maka usah salahkan Perdana Menteri atau sesiapa jika cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri kelak tidak kesampaian.

“Jika Datuk Seri Wan Azizah enggan beri laluan pada rombakan kecil kali ini, maka saya ingin nasihatkan Datuk Seri Anwar dan para penyokongnya, usah menyalahkan Perdana Menteri atau sesiapa jika cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri kelak tidak kesampaian. Salahkan Isteri sendiri. Jadi PM Tepi sajalah…” ujar beliau.

Beliau beliau mengulas kenyataan di buat Perdana Menteri di Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini yang mengatakan bahawa tiada kekosongan untuk Anwar dalam kabinet memandangkan tiada yang meletak jawatan.

Saiful Bukhari sebelum ini pernah bertanding sebagai calon Bebas di Pilihanraya Kecil Port Dickson, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober tahun lalu.

Beliau kini mengetuai sebuah firma “Big Data Analytics” di ibu negara yang dikenali sebagai SSP Analytics, dan juga menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan Teknologi Maklumat.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments