Monday, June 17, 2024
HomeBERITATiada had jangka masa keluar sepanjang tempoh PKPB

Tiada had jangka masa keluar sepanjang tempoh PKPB

Seperti yang diumumkan Menteri Kanan Kluster Keselamatan sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pergerakan di antara daerah dibenarkan dan tiada jangka masa had dari segi pergerakan di atas jalan.

Sementara itu, mengenai pergerakan pulang dari bandar ke kampung atau sebaliknya bagi kenderaan pensendirian telah ditetapkan mengikut jadual yang dikeluarkan pihak polis.

Walau bagaimanapun, pergerakan pulang bagi individu yang berhasrat untuk menggunakan pengangkutan awam masih di dalam kajian pihak berkuasa.

“Pihak polis sedang membuat kajian secara terperinci berapa jumlah kenderaan awam yang perlu digunakan.

“Pergerakan di antara negeri masih tidak dibenarkan oleh itu kenderaan awam seperti bas dan sebagainya masih belum ditetapkan lagi.

“Sebab itu pihak polis akan mengkaji dengan lebih terperinci mengenai isu ini bagi pergerakan pulang pada 7 hingga 10 Mei nanti,” kata Dato’ Seri Ismail Sabri pada sidang media petang tadi.

TIADA HAD JANGKA MASA UNTUK KELUAR DALAM PERATURAN BARU INIPergerakan bebas antara daerah ke daerah dan tiada had masa…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 05 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments