Bekalan makanan dan keperluan harian dijamin mencukupi

0

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri lsmail Sabri Yaakob menyatakan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan di 977 pemeriksaan premis perniagaan.

Premis perniagaan yang telah dipantau adalah termasuk 751 peruncit, 196 pemborong dan 30 pengilang.

Secara keseluruhan, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadan kerana ianya dijamin mencukupi.

Kerajaan juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial dan kebersihan diri ketika keluar membeli barangan keperluan asas. Jika boleh dielakkan, jangan membawa anak-anak kecil semasa keluar membeli barangan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply