Thursday, June 20, 2024
HomeBERITATiada diskriminasi kendali COVID-19

Tiada diskriminasi kendali COVID-19

Tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan mahupun warga asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen di dalam kes mengendalikan saringan COVID-19 serta memberikan rawatan hospital.

Ketua pengarah kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata proses pengasingan penting bagi menyaring mereka yang positif dan layanan yang diberikan juga sama rata dari segi pemberian makanan, menjalani saringan percuma serta menyediakan pusat kuarantin khas iaitu hospital MAEPS selama tempoh 14 hari.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan kerajaan juga telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina hospital sementara untuk merawat pesakit COVID-19.

“Warga asing yang tidak memiliki dokumen dan didapati positif akan ditahan di Pusat Akademi Imigresen di Port Dickson untuk diasingkan selama 14 hari sebelum menjalani ujian buat kali kedua.

“Sebaik sahaja mereka didapati positif kami perlu memasukkan mereka ke hospital dan mengasingkan serta merawat mereka disana.

“Pendatang Asing Tanpa Izin akan diuruskan oleh Jabatan Imigresen di DTI dan bagi mereka yang negatif akan dihantar pulang secepat mungkin.

“Bagi pendatang asing yang mempunyai dokumen sah apabila ujian ke atas mereka didapati negatif kami melepaskan mereka seperti warga tempatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” ujar beliau dalam sidang media harian COVID-19.

Disamping itu, beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga kini sedang berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai kebajikan dan perumahan untuk pekerja asing.

KKM bersama Kementerian Sumber Manusia akan melihat akta berkenaan untuk memastikan setiap majikan menjaga kebajikan serta tempat penginapan bagi
pekerja asing.

TIADA DISKRIMINASI DALAM PENGENDALIAN COVID19KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Jabatan Perdana Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM Jabatan Penerangan Malaysia

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Wednesday, 8 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments