Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Faizal Azumu menambah peruntukan tambahan membantu Maahad Tahfiz swasta sebanyak RM1.66 juta.
Menerusi sidang video, beliau berkata RM560 ribu digunakan bagi membiayai pentadbiran pengurusan Maahad Tahfiz termasuk sewa, pembayaran hutang, bekalan makanan, bil-bil penyelenggaraan serta gaji kakitangan dan pembelian alat pencegahan pandemik COVID-19.
Sementara itu, RM568 ribu diperuntukkan disalurkan untuk bantuan saraan bulan Jun kepada 711 orang guru.
Manakala RM125,800 untuk kos operasi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP) dan RM159 ribu bagi mewujudkan pengkalan data dan sistem bersepadu Maahad Tahfiz.
“Saya juga telah meminta kerjasama pihak PEMATAP bersama dengan kerajaan negeri untuk memantau perkembangan para pelajar Maahad Tahfiz di seluruh negeri.
“Seterusnya peruntukan sebanyak RM150 ribu adalah untuk bantuan penganjuran program-program PEMATAP dan RM100 ribu untuk tabung modal koperasi PEMATAP.
“Ini juga penting apabila PEMATAP bercadang untuk menubuhkan koperasi supaya mereka dapat menjana pendapatan kembali bagi membantu operasi Maahad Tahfiz dan program-program PEMATAP sendiri.
“Sy berharap dgn bantuan daripada kerajaan negeri Perak ini PEMATAP dapat berkembang dengan maju dan saya harap usaha untuk memperbaiki pembelajaran anak-anak Tahfiz dapat kita sentiasa pertingkatkan,” jelas MB Perak ketika di temubual.
(VIDEO) PERUNTUKAN TAMBAHAN RM1.66 JUTA BANTU MAAHAD TAHFIZ SWASTA DI PERAK
Posted by Faizal Azumu on Wednesday, 8 July 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply