Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABil tertunggak sejak tiga tahun, tiada perancangan potong bekalan elektrik di Pangsapuri...

Bil tertunggak sejak tiga tahun, tiada perancangan potong bekalan elektrik di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang – TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) tiada perancangan untuk melakukan pemotongan bekalan elektrik di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang yang melibatkan kira-kira 10,000 penghuninya dalam masa terdekat.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum kesulitan yang dihadapi penduduk di situ berikutan ketiadaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pengurusan bayaran selenggara seperti dilaporkan.

“Kita mengambil maklum usaha penduduk mencari jalan penyelesaian menerusi usaha penubuhan JMB serta mendapatkan hak milik strata dan Sijil Layak Menduduki (CF).

“Oleh demikian, dalam masa terdekat, TNB tiada perancangan untuk memotong bekalan elektrik ke pangsapuri Seri Perantau,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan, pihak TNB mendapati jumlah tunggakan hanya kira-kira RM2.6 juta dan bukannya RM4 juta seperti yang dilaporkan.

Bil elektrik tersebut tertunggak sejak tiga tahun lalu setelah JMB sudah tidak wujud lagi secara rasmi di pangsapuri tersebut.

Permasalahan bil elektrik ini dikatakan berpunca daripada masalah melibatkan CF dan isu geran strata. Ia memberi kesan JMB atau syarikat pengurusan tidak dapat ditubuhkan sehingga bil elektrik melambung tinggi kerana tiada pihak yang mengutipnya secara sistematik.

“Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Pelabuhan Klang akan menemui wakil penduduk untuk mencari penyelesaian bil elektrik penduduk yang tertunggak,” kata kenyataan itu lagi.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments