Satu petisyen dilancarkan bertujuan menutup sesi petang persekolahan murid Tahun 1 hingga 3 Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Jaya.
Ia berikutan terdapat laporan bahawa empat murid sekolah tersebut didapati positif COVID-19 hanya seminggu selepas sekolah dibuka semula.
Petisyen yang didaftarkan di change.org oleh Raja Nurul Huda Raja Halimul Rashid itu menggesa pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana mengambil tindakan lebih serius kerana kurang setuju dengan penutupan hanya tiga kelas selain mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin rumah.
Untuk rekod, kelas sesi petang bermula 1 Mac manakala sesi pagi untuk murid Tahun 4 hingga 6 bermula Isnin lalu.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply