Saturday, July 27, 2024
HomePOLITIKKerajaan Perpaduan 3 Negeri? "Kita tengok langkah seterusnya...." MB Terengganu

Kerajaan Perpaduan 3 Negeri? “Kita tengok langkah seterusnya….” MB Terengganu

Kuala Nerus : Kerajaan Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sedang melihat langkah seterusnya ketika ditanya wartawan The Malaya Post adakah kemungkinan UMNO-PAS akan membentuk Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS di tiga negeri pantai timur itu.

“Apa yang akan berlaku saya tak boleh bagi gambaran, belum sampai waktunya. Nanti kita tengok dulu lah, apabila sampai waktunya 14 September ini, bagaimana dengan langkah seterusnya” kata Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam pada itu Menteri Besar Pahang Dato Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula menyifatkan pelaksanaan Piagam Umno Pas adalah satu langkah ke depan dan seterusnya.

“Piagam Umno Pas menandakan Umno Pas serius, ia satu langkah ke depan dan seterusnya” kata Dato Seri Wan Rosdy.

Untuk rekod di Terengganu dan Kelantan Umno adalah pembangkang. Manakala di Pahang, Pas pula adalah pembangkang.

Terdahulu mereka hadir di majlis Himpunan tiga menteri besar Pantai Timur di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Kuala Nerus malam tadi.

Dianggarkan lebih 15000 rakyat dari serata negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang membanjiri perkarangan Stadium Tertutup berkenaan seawal jam 6 petang dihadiri

Terdahulu majlis dimulakan dengan Bicara Murabbi Ummah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus disusuli dengan Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Program yang diadakan ini bertujuan meraikan dan mensyukuri pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri dan sebagai titik mula persediaan untuk PRU ke-15 akan datang.

Dalam ucaptama ke tiga-tiga Menteri Besar iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang mengakui himpunan berkenaan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara negeri-negeri Pantai Timur dan juga UMNO Pas.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments