Saturday, May 18, 2024
HomeBERITATerima ugutan bunuh dari netizen, wartawan penyiaran TV3 buat laporan polis

Terima ugutan bunuh dari netizen, wartawan penyiaran TV3 buat laporan polis

Berikutan laporan tentang penempatan sementara Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Chabang Tiga, Kuala Terengganu wartawan penyiaran TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah Mohd Ishak memberitahu dia telah menerima ugutan bunuh dan makian melampau oleh beberapa individu di laman Facebook.

Malah terdapat individu yang menulis komen dan mengancam mahu memukul dan merosakkan harta benda milik pemberita berkenaan.

Bercerita lebih lanjut, Mohd Ishak berkata dia telah didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang tidak berpuas hati mengenai berita yang dilaporkannya.

Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bertujuan menjaga keselamatan diri dan keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Mat Din mengesahkan menerima laporan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments