Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASaya hanya melaporkan berita yang benar, tidak memfitnah pihak pengurusan sekolah -...

Saya hanya melaporkan berita yang benar, tidak memfitnah pihak pengurusan sekolah – Wartawan Penyiaran TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah

Semalam viral di laman media sosial Facebook mengatakan wartawan penyiaran TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah telah membuat laporan berita yang tidak tepat berkenaan penempatan sementara Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

The Malaya Post menghubungi wartawan penyiaran berkenaan dan ketika ditanya tentang isu yang sedang hangat diperkatakan, Mohd Ishak memberitahu, dia tetap dengan pendiriannya dan bertegas laporan berita yang dibuat itu adalah benar.

Menurutnya, setelah mendapat panggilan telefon dari sumber yang boleh dipercayai yang menberitahu timbul kekecohan di kalangan ibu bapa yang tidak berpuashati kerana penempatan sementara SRIDI tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

Mohd Ishak juga memberitahu, ketika menemubual para ibu bapa, dia dimaklumkan bahawa sekolah berkenaan juga tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air.

Jurugambar turut merakam keadaan di persekitaran lokasi berkenaan yang tiada kemudahan asas serta serba kekurangan.

Tambahnya, murid-murid tahun satu ditempatkan di surau dalam keadaan tiada kemudahan asas malahan meter pada papan elektrik dan juga saluran paip juga tidak bersambung.

“Apa yang dilaporkan adalah melalui apa yang terjadi dan apa yang dilihatnya di lokasi terbabit.

“Setelah pihak pengurusan sekolah mengetahui kedatangan wartawan, barulah bilik darjah yang gelap dibuka malah murid-murid ditempatkan di dalam kelas yang tidak mempunyai kelengkapan pembelajaran yang sempruna.

“Lebih kurang satu jam setelah berita berkenaan tular, pihak sekolah telah mengambil inisiatif memanggil kontraktor untuk meyambung bekalan elektrik sementara di sekolah berkenaan,” ujarnya.

Mohd Ishak berkata, lebih mengejutkan pihak sekolah bertindak merakam video eletrik yang sudah berfungsi serta memuatnaik video berkenaan dan menuduh wartawan TV3 telah menyampaikan laporan yang tidak benar serta menfitnah sekolah terbabit.

Rentetan tularnya video yang dirakam pihak sekolah, Mohd Ishak telah menerima kecaman dan ugutan bunuh serta dituduh melakukan fitnah terhadap pengurusan sekolah berkenaan.

 

Sehubungan itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu sidang media telah menjelaskan bahawa masalah bekalan air dan elektrik di SRIDI Wakaf Mempelam telah diselesaikan pada hari yang sama selepas ia menimbulkan kerisauan dan rasa tidak puas hati ibu bapa yang bimbangkan keselamatan dan keselesaan anak mereka.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments