Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKerana pelanggan tak halal duit RM2, tak mahu rosak rezeki keluarga ‘food...

Kerana pelanggan tak halal duit RM2, tak mahu rosak rezeki keluarga ‘food rider’ derma RM5 pada tabung masjid

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, khidmat ‘food rider’ mendapat permintaan tinggi dari masyarakat.

Bila dah berdepan dengan orang awam, sudah pasti bermacam ragam yang perlu dihadapi oleh ‘rider’ kita ni.

Ini pula kisah seorang rider penghantar makanan yang berkongsi tangkapan skrin pesanan WhatsApp dari salah seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatannya.

Mesej yanb dihantar berbunyi, “Dik, kak tak halalkan duit terlebih kak bagi, sebab makanan tak cukup. Call center pun tak dapat.”

Namun, rider terbabit tidak membalas dengan kemarahan, sebaliknya mendermakan wang lebihan pelanggan untik tabung masjid yang diharap dapat menyejukkan hati pelanggan berkenaan.

“Kak, saya hantar yang mana kedai bagi kak. Terima kasih kerana tak halalkan duit RM2 tu. Duit tu nanti saya masukkan ke tabung masjid. Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan family saya kak.

“Nah kak ni RM5. RM2 untuk kak tak halalkan kat saya tu. Lebih tu saya niatkan untuk kak.

“Andai kata kak masih tak halalkan pemberian kak tu, saya pun terpaksa tak halalkan kederat tenaga saya hantar makanan untuk kak,”  balas rider terbabit.

Mungkin ada kesilapan ketika penyediaan makanan oleh pihak restoran atau kafe. Mungkin, tempahan terlalu banyak dan mereka terlepas pandang agaknya.

Menuduh tanpa bukti dan usul periksa adalah sesuatu yang salah. Bersangka baik. Niat sedekah dengan ikhlas. Pasti hati tenang dan mendapat ‘ganjaran’ di sana nanti, InsyaAllah…

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments