Bersempena sambutan Tahun Baru China yang bakal menjelang tidak lama lagi, sutradara popular Michael Ang menerusi platform media sosial Instagram peribadinya berkongsi kegembiraan menerima hadiah daripada ‘Mummy’nya.
Hadiah kiriman ibunya bukan biashe-biashe ya. Ianya berupa pakaian berjenama mewah Fendi terdiri dari seluar, baju lengan panjang dan ‘hoodie’.

Di samping itu, dia yang lebih mesra disapa Mike ini turut menerima sampul surat merah atau ‘ang pow’ yang comel.

Ditemani pelakon Sharifah Shahora ketika membuka bungkusan hadiah, Mike menzahirkan ucapan terima kasih di atas pemberian ibunya itu.
Wah! Rezeki jangan ditolak. Bergaya ‘mewah’ nampaknya Michael tahun baru nanti ????????
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply