Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA"Terima kasih, ramai bantu kami" - Alia

“Terima kasih, ramai bantu kami” – Alia

JOHOR BAHRU, 14 Mac – “Saya bersyukur kerana kini memiliki buku latihan serta kalkulator untuk kegunaan di sekolah. Selepas ini, saya tidak perlu lagi bimbang didenda guru,” kata Alia Nor Farhana Noor Irwan, 13 tahun.

Alia berterima kasih atas keprihatinan masyarakat yang membantu meringankan beban keluarganya. Berkat sumbangan yang diterima, bapanya dapat membeli kelengkapan sekolah yang masih belum mencukupi, sekaligus meningkatkan semangatnya untuk ke sekolah.

“Saya sudah beli buku Sejarah dan kalkulator. Bapa juga berjanji akan membelikan pakaian sekolah serta pakaian sukan tambahan untuk saya dan empat adik yang bersekolah. Saya amat berterima kasih kepada semua penyumbang dan akan berusaha belajar bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara.

Selain itu lapor Harian Metro, keluarga Alia turut menerima sumbangan barangan keperluan daripada Pasaraya Econsave Cash And Carry, yang disampaikan oleh Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam.

Menurut Mas Imran, pihaknya menyalurkan pelbagai kelengkapan dapur dan peralatan persekolahan bernilai RM1,000 kepada keluarga Alia.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mereka serta menceriakan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan kisah keluarga Noor Irwan Mat Noor, 39, seorang pengawal keselamatan yang masih belum membuat persiapan Aidilfitri akibat kesulitan kewangan. Malah, beliau turut menyatakan bahawa masih terdapat keperluan sekolah anak-anaknya yang belum mampu dibelikan, termasuk buku latihan untuk anak sulungnya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments