Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITA“Terima kasih kerana mengikuti saya. Dan terima kasih kerana mencintai Korea”, Thomas...

“Terima kasih kerana mengikuti saya. Dan terima kasih kerana mencintai Korea”, Thomas McDonell kongsi mesej yang dihantar Goo Hara di laman Twitter

Koreaboo melaporkan bahawa pelakon Hollywood, Thomas McDonell telah berkongsi mesej yang dihantar oleh Goo Hara kepadanya pada awal tahun ini.

Melalui akaun Twitternya, bintang siri televisyen drama sains fiksyen Amerika Syarikat, The 100 memuat naik paparan skrin pada Selasa lalu yang memperlihatkan idola K-Pop itu secara peribadi menghayati atas minatnya dalam budaya Korea.

Mesejnya dalam bahasa Korea menyatakan, “Hello, Thomas.  Saya seorang penyanyi dari Korea, bernama Goo Hara dari KARA!  Terima kasih kerana mengikuti saya.  Dan terima kasih kerana mencintai Korea”.

McDonell memaparkan tweet itu dengan menulis “Dan terima kasih kerana mencintai Korea” dalam bahasa Korea, diikuti dengan emoji yang menyedihkan.

Kedua-dua selebriti itu tidak pernah bertemu secara peribadi tetapi netizen memberi komen balas bahawa ianya adalah sesuatu yang manis dan berterima kasih kepadanya.

McDonell, 33, nampaknya seorang penyokong terkenal terhadap budaya K-Pop dan Korea.

Dia sering melawat Korea dan terus menggunakan ‘fandom’ dan aspek budaya lain menerusi akaun media sosialnya.

Pada 25 November yang lalu, penyanyi dan juga pelakon Goo Hara ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pada jam 6:09 petang di rumahnya di kawasan kejiranan Cheongdam.

SourceKoreaboo
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments