Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAFynn Jamal dan suami bina institusi persendirian kanak-kanak Autism, Malaysia Austism Foundation

Fynn Jamal dan suami bina institusi persendirian kanak-kanak Autism, Malaysia Austism Foundation

Penyanyi Fynn Jamal dan suaminya, Hazrilfitri Hadzir menghebahkan di laman media sosialnya berkenaan projek usaha sama mereka iaitu Malaysia Austism Foundation.

Malaysia Austism Foundation merupakan institusi persendirian untuk kanak-kanak Austism dimana mereka akan diajar untuk berdikari dan menguruskan diri sebagai persediaan hidup tanpa penjaga.

Fynn turut berkongsi bangunan operasi Malaysia Autism Foundation tiga tingkat yang sedang dibaik pulih.

Bagi mereka yang ingin turut serta membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Malaysia Autism Foundation,
(Bank Islam-0505 80100 31999) atau boleh hubungi di talian 017-257 7297.

Dalam pada itu, dia juga telah memuat naik video yang memaparkan aktiviti mendaki bukit bersama keluarga.

Namun, yang lebih mencuri tumpuan warganet adalah dengan kemunculan anak perempuan Fynn, Sakti Kencana Fitri atau lebih mesra disapa ‘Dedek’ dibahagian belakang beg yang digalas oleh Fynn.

Warganet pada mulanya menyangka beg yang digalas oleh Fynn itu adalah ‘baby carrier’ namun ianya kelihatan unik kerana ‘baby carrier’ seperti itu tidak pernah ditemui dimana-mana kedai menjual barangan keperluan bayi.

Bagi merungkai persoalan para pengikutnya, Fynn sekali lagi berkongsi entri dan menjelaskan beg berkenaan bukanlah ‘baby carrier’ namun merupakan sebuah beg ‘heavy duty’ yang kebiasaannya digunakan untuk ‘hiking’.

View this post on Instagram

ramai betul berkenan beg mummy daddy pakai semalam.ingat baby carrier ye. hahaha. . itu beg hiking daddy la. kakaka. tapi sbb dedek ni flexible, dia sudi berkerjasama dok molek belakang tu. . bearable sbb ada snap kat pinggang. pesen heg heavy duty biasa la kan. pastu kat pinggang tu ada padded. so selesa gak aa utk sakti. . baju, tudung, seluar mummy semua @fynnjamal.rtw of course. . tudung sarung #FJRTWGhazal saiz XL . niqab #FJRTWKhadijah . blouse #FJRTWHanani <— awesome gilerr utk aktiviti sukan . seluar #FJRTWGobos ramai risau jarang. dont. sbb cutting dia besar so bila kita berdiri tegak, renda2 dia akan jadi layer. . so there you go. tiada alasan lagi. beriadahlah. asal jaga diri, asal jaga batas 🙂

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Beg yang turut mempunyai penahan dan ‘padded’ di bahagian pinggang membolehkan anaknya duduk dengan selesa.

Oleh kerana anak perempuannya itu seorang anak yang fleksibel yang sentiasa memberi kerjasama kepadanya, mudah untuk Fynn menggendongnya sehingga Dedek boleh terlena.

Telatah anak perempuan Fynn yang comel dan nakal seringkali mencuit hati para pengikut ibunya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments