Monday, June 17, 2024
HomeBERITATerima Kasih Kerajaan Keluarga Malaysia kerana prihatin nasib kami penoreh, peniaga kecil-kecilan

Terima Kasih Kerajaan Keluarga Malaysia kerana prihatin nasib kami penoreh, peniaga kecil-kecilan

Kerajaan terus prihatin dalam memastikan pekebun kecil, terutama penoreh getah yang terkesan dengan kedatangan musim tengkujuh akibat peralihan Monsun Timur Laut mendapat pembelaan sewajarnya untuk meneruskan kelangsungan hidup keluarga masing-masing.

Sejajar konsep Keluarga Malaysia, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyediakan beberapa bantuan khusus memastikan rakyat tanpa mengira kaum tidak terkesan dengan kedatangan musim tengkujuh yang sinonim dengan bencana banjir di kebanyakan kawasan di seluruh negara.

Ini termasuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah yang dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 dan turut mencakupi pekebun kecil getah FELDA di seluruh negara.

Pemberian bantuan itu kepada penoreh getah kepada pekebun kecil getah yang mempunyai tanah seluas 4.05 hektar ke bawah dibuat berikutan kerajaan sedar harga getah turun dan musim hujan menyebabkan pekebun kecil langsung tidak boleh menoreh getah, sekali gus menjejaskan pendapatan bulanan.

Ketua Kampung Batu Papan, Abd. Mokhtar berkata bantuan musim tengkujuh itu melegakannya yang tidak dapat menoreh sejak lebih sebulan lalu.

Katanya, cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini dengan hujan hampir setiap hari menyukarkan warga emas itu untuk menoreh seterusnya menjejaskan pendapatan harian.

“Bantuan RM800 yang diumumkan kerajaan memang melegakan penoreh getah yang pendapatan harian bergantung penuh kepada hasil jualan getah.

“Keprihatinan Perdana Menteri mengurangkan tekanan untuk meneruskan kehidupan dan membeli kelengkapan harian,” katanya.

Pengerusi JPPKOA Kampung Ibam Bera dari suku kaum semela, Malim bin Achong pula berkata bantuan yang diberikan kerajaan membantu penduduk berpendapatan rendah meneruskan kehidupan ketika musim tengkujuh.

Beliau berkata, bantuan untuk golongan B40, termasuk BMT mengurangkan bebanan mereka ketika keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya akibat pandemik COVID-19.

“Apabila musim tengkujuh dengan hujan berpanjangan memang menjejaskan pendapatan kerana tidak boleh turun menoreh selain hasil getah yang tidak menentu ketika ini,” katanya.

Keprihatinan kerajaan tidak terhenti setakat itu apabila Ismail Sabri turut mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dipercepatkan.

Keputusan mempercepatkan bayaran BKM itu bagi membolehkan rakyat mengeluarkan wang di bank sebelum musim tengkujuh yang mungkin menyebabkan sesetengah kawasan dilanda banjir.

Mengakui bantuan itu memang melegakan, usahawan Fodol Master Suhanim Sahbudin
dari Bera dekat sini, mahu kerajaan terus menjaga kebajikan rakyat khususnya mereka yang tinggal di luar bandar.

“Saya antara penerima BKM yang mendapat manfaat daripada bantuan diberikan kerajaan khususnya untuk masyarakat luar bandar.

“BKM yang akan diterima ini boleh membantu kami membeli makanan dan keperluan lain sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh,” katanya.

Mengakui bantuan itu memang melegakan,  Suhanim berkata bantuan khusus peniaga kecil begitu bermakna kerana sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya, BKM antara bukti keprihatinan kerajaan Keluarga Malaysia yang berorentasikan rakyat dan memahami kemelut ekonomi yang semakin mencabar.

“Terima kasih kepada kerajaan yang tidak putus-putus memberikan bantuan kepada rakyat khususnya di luar bandar dan berpendapatan rendah untuk meneruskan kehidupan pada waktu sukar.

“Saya berharap kerajaan mampu mengawal harga barangan supaya lebih stabil dan tidak membebankan rakyat untuk tempoh panjang,” katanya.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments