Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPerjuangan membela rakyat untuk keluar daripada kemiskinan bukan 'klise'

Perjuangan membela rakyat untuk keluar daripada kemiskinan bukan ‘klise’

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berasal dari golongan miskin di mana ketika masih bersekolah, beliau berniaga sayur dan ikan di pasar sehari di Temerloh bagi mencari pendapatan.

Demikian kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Dato’ Dr. Zuraidi Ishak.

Jelasnya Ismail Sabri tidak perlu turun jauh ke kampung-kampung untuk memahami masyarakat yang miskin kerana beliau sendiri berasal dari golongan itu.

“Jadi dia tidak perlu pura-pura turun ke bawah nak (untuk) faham. Dia dah faham dah. Dia lahir dalam suasana tersebut.” kata Dr Zuraidi ketika ditemubual di dalam rancangan terbitan RTM baru-baru ini.

Dr. Zuraidi turut berkongsi pengalaman beliau dan Ismail Sabri pernah naik bot bersama-sama ke Pulau Tioman bagi menjalankan projek Bakti Siswa dan juga bagi memahami situasi masyarakat kampung di situ.

“Ketika itu dia (Ismail Sabri) adalah Presiden Mahasiswa Universiti Malaya dan daripada situ saya rasa mencetuskan minat beliau untuk mejadi orang politik.

Dia perlu bergiat dalam politik untuk membantu bersama-sama selesaikan masalah rakyat.” kata Dr. Zuraidi.

Jika dibandingkan dengan kebanyakan Perdana Menteri lain yang mungkin dilahirkan di atas ‘dulang emas’ atau pun daripada keluarga bangsawan, Ismail Sabri hanyalah anak kepada seorang penoreh getah.

Kehidupan mereka sekeluarga bukanlah sesenang yang disangka. Sumber pendapatan mereka hanyalah hasil torehan getah di ladang milik mereka sendiri.

Harga sekeping getah skrap berapa sen sahaja tetapi cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang, Ismail Sabri adalah bongsu daripada tujuh beradik.

Namun, kata orang tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.

Hari ini, Ismail Sabri anak kepada pasangan pasangan Yaakob Abdul Rahman dan Wan Nah Wan Mamat melakar sejarah apabila mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Mengenang kembali kehidupan Ismail Sabri sejak kecil, anak saudara beliau Azhar Mohamed, 56, menggambar Ismail Sabri seorang budak kampung sejati yang biasa berkubang di sungai dan bermain di paya.

Malah ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bangau, Ismail Sabri merupakan harapan sekolah dan sering mendapat nombor satu dalam peperiksaan.

“Oleh kerana jarak usia kami tidak jauh beza, ketika kecil, bapa saudara saya itu adalah rakan sepermainan di Kampung Bukit Tingkat. Kami suka mandi sungai dan main di paya.

“Ismail Sabri seorang yang berani. Budak kampung biasa la. Kalau terjun dari tebing sungai itu menjadi mainannya.

“Waktu itu tiada televisyen di rumah. Kami berdua pergi tengok wayang di Panggung Seri Termerloh. Masa itu tahun 70-an, popular dengan cerita koboi. Ismail Sabri sangat suka cerita koboi.

Ketika BN tumbang di tangan PH, beberapa ahli Parlimen daripada UMNO mengambil keputusan keluar parti dengan menyertai Bersatu demi survival politik masing-masing.

Namun Ismail Sabri tetap cekal dan setia bersama parti walaupun UMNO/BN tidak lagi mempunyai kuasa dalam kerajaan.

“Dia pernah cakap secara peribadi dengan saya, walau apa pun terjadi, biarlah dia habiskan karier politik bersama UMNO. Biar akhir hayat bersama UMNO,” katanya.

Mengenali Ismail Sabri sejak 2006, Sabariah menjelaskan, Ismail Sabri seorang yang sangat merendah diri dan amat disenangi oleh penduduk di sini terutamanya di Parlimen Bera.

“Beliau bukan lahir dalam keluarga yang senang. Disebabkan itu dia dapat merasai kesusahan orang di kawasannya dan sentiasa merendah diri,” katanya.

Malah Sabariah berkata, Ismail Sabri juga merupakan guru dan mentornya dalam arena politik.

“Saya dulu merupakan kerani di pejabat Parlimen. Selepas itu saya menjadi Ketua Wanita Cawangan pada tahun 2006. Pada tahun 2018 saya bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian atas restu beliau.

“Dari segi politik, beliau tidak kedekut ilmu. Dia idola dan guru. Falsafah yang dia ajar adalah, kita jangan cipta musuh dan banyakkan kawan,” katanya.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments