Sunday, June 23, 2024
HomeBERITATerima Kasih Jururawat!

Terima Kasih Jururawat!

Selamat menyambut Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di Malaysia.

12 Mei merupakan tarikh sambutan tahunan bagi Hari Jururawat Sedunia sebagai menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat.

Jururawat merupakan salah satu profesion penting dalam perkhidmatan kesihatan untuk negara.

Jasa dan pengorbanan mereka tidak ternilai sepanjang menjalankan tanggungjawab dan tugasan merawat dan menyelamatkan nyawa orang awam.

Terima kasih di atas budi dan cakna para jururawat yang bertungkus lumus tanpa mengira waktu tambahan ketika negara sedang mengalami krisis pandemik COVID-19.

Terima kasih atas ketabahan dan kesabaran anda melayani kerenah kami.

Terima kasih wira dan wirawati negara!

Semoga sambutan Hari Jururawat Sedunia ini menjadi pemangkin semangat kepada jururawat untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik buat rakyat Malaysia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments