Thursday, July 18, 2024
HomeBERITATerima door gift berupa Mini First Aid Kit dari pasangan pengantin undang...

Terima door gift berupa Mini First Aid Kit dari pasangan pengantin undang komen nakal netizen

Sudah menjadi kelaziman, apabila ke majlis perkahwinan pasti kita akan menerima hadiah kecil atau ‘door gift’ dari pengantin sebagai tanda penghargaan kerana hadir ke majlis raja sehari mereka.

Kebiasaanya, ‘door gift’ yang diberikan adalah seperti gula-gula, bunga telur, makanan ringgan dan sebagainya.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda yang menghadiri satu majlis perkahwinan yang dikhabarkan pasangan pengantin berkenaan bekerja dalam bidang kedoktoran.

Pemuda bernama Afif berkongsi satu foto ‘door gift’ yang diterimanya ketika menghadiri majlis perkahwinan berkenaan pada Ahad lalu.

‘Door gift’ yang berupa peti ubat kecemasan bersaiz mini itu mula menjadi bualan netizen apabila  warganet terkejut melihat isi di dalam kotak terbabit.

Dalam kotak bersaiz mini itu terdapat kapas, pembalut luka serta enam biji pil atau gula-gula berwarna merah.

Netizen turut berjenaka sekiranya mereka kahwin nanti akan menghadiahkan para tetamu ‘doorgift’ bertemakan, bidang pekerjaan masing-masing di ruangan komen.

Lucu jua karenah netizen ????

“Nanti doorgift aku sorg2 aku bagi testpen”

“Kalau yang jual tudung buat doorgift tudung mesti best ????

“Kalau geng arkeologi kahwin nak bagi doorgift Artifak ke?”

“Datang wedding sis , sorang sorang I kasi bunsen burner , test tube comel sorang satu????

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments