Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAErma Fatima mencari peserta berbaju Melayu di pentas program realiti nyanyian Bollywood,...

Erma Fatima mencari peserta berbaju Melayu di pentas program realiti nyanyian Bollywood, Dil Hai Hindustani

Mempunyai rupa paras sedap mata memandang dan bersuara merdu merupakan pakej lengkap bagi lelaki atau wanita yang ingin bergelar seorang penyanyi.

Seorang jejaka yang menyertai program realiti nyanyian Bollywood, Dil Hai Hindustani telah mencuri perhatian pengarah dan pelakon, Erma Fatima.

Erma Fatima yang telah memuatnaik video  berdurasi 17 saat itu memaparkan seorang lelaki yang menyanyikan lagu Hindi yang telah di “jazz” kan dengan intonasi yang baik dan lebih membanggakan apabila dia mengenakan sepersalinan Baju Melayu di pentas Bollywood.

“Cari sampai dapat adik ni” tulis Erma Fatima di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B38-6ushbDb/?igshid=quio03ev1sh6

Di ruangan komen, menurut seorang netizen  memberitahu bahawa lelaki itu adalah penyanyi dari Brunei dan juga pemyanyi lagu untuk filem animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal.

Dengan bantuan warganet, dengan pantas Erma Fatima mendapat informasi tentang lelaki yang bernama Fakhrul Razi.

Melalui kemaskini laman Instagram Erma Fatima, pemuda berkenaan telah pun memberi maklum balas dan komen terhadap pencarian dan pertanyaan pengarah tersohor berkenaan.

Terdahulu, video nyanyian Fakhrul Razi pernah viral dan trending di media sosial dengan persembahan memukau di pentas realiti Bollywood dan turut menerima pujian dari juri jemputan iaitu aktor terkenal filem Hindi, Shah Rukh Khan dan juga sutradara tersohor yang banyak menghasilkan filem kutipan box-office, Karan Johar.

Apabila bakat besar disedari oleh pengarah terkenal, mungkin pencarian Erma Fatima mempunyai sesuatu yang menarik yang akan ditawarkan terhadap penyanyi berbakat ini…

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments