Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATEKUN Mobilepreneur tawar bantuan sehingga RM10,000 untuk ‘rider’

TEKUN Mobilepreneur tawar bantuan sehingga RM10,000 untuk ‘rider’

TEKUN Nasional mengambil langkah proaktif membantu rider yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 dengan menawarkan bantuan melalui program TEKUN Mobilepreneur.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, melalui pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, TEKUN telah menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baik pulih motorsikal (Interest Free) yang telah dilaksanakan sejak April lalu sehingga kini (23hb Jun).

“Program ini diperuntukkan untuk 500 pemohon (Rider) terawal dimana seramai 211 pemohon dengan nilai RM394,000 yang telah diluluskan permohonan sehingga 23hb Jun lalu.

“Tawaran ini juga dibuka kepada semua ‘Riders Berdaftar’ melalui syarikat’e-hailing’ seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy”, ujar beliau.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1181202018905107&id=300328966992421&sfnsn=mo

TEKUN juga akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 dimana program ini meliputi pembiayaan maksima sehingga RM10,000 bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan.

Pemohon juga perlu berdaftar dengan syarikat E-Hailing dan melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tambah beliau lagi, program yang akan dilancarkan pada 7 Julai ini adalah salah satu dari usaha kerajaan dengan menggunakan dana PENJANA.

Namun, peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal manakala tambahan 400 pemohon lagi dengan peruntukan sebanyak RM4 juta akan dimaklumkan.

Program ini juga diharapkan dapat membantu rider mengekalkan kesinambungan ekonomi masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar dalam tempoh COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web TEKUN NASIONAL di www.tekun.gov.my untuk bantuan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments