Bersin, hidung tersumbat, selsema, mata berair adalah gejala biasa bagi masalah alahan.
Penyebab yang biasa berlakunya alahan adalah debu, kutu atau bulu haiwan, debunga, kulat atau terhidu aroma yang kuat.
Sesetengah individu mengalami gejala alahan seperti bersin lebih teruk pada waktu pagi atau selepas mandi.
Bagi individu yang mengalami masalah sensitif seperti ini, adalah penting untuk anda sentiasa menjaga kebersihan terutamanya di tempat tidur.
Untuk mencegah, pastikan tempat tidur anda bebas dari sebarang punca alahan.
Ikuti tip untuk mengurangkan pendedahan di kawasan alergi atau alahan :
1) Jauhi haiwan peliharaan berbulu
2) Guna penapis udara untuk mengurangkan debunga atau bahan alergi dari udara
3) Elakkan dari merokok dan asap
4) Elak dari terdedah kepada orang yang dijangkiti selesema
5) Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
6) Cuci karpet dengan penyedut hampa gas secara berkala
7) Jangan menggunakan penyapu untuk mencuci rumah seeloknya gunakan vacum cleaner
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply