Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITATeknik ‘ciuman ibu’ keluarkan bendasing dalam rongga hidung anak

Teknik ‘ciuman ibu’ keluarkan bendasing dalam rongga hidung anak

Kanak kanak mempunyai sikap dan naluri untuk meneroka.

Apa sahaja yang ada di depan mata akan dijadikan permainan dan eksperimen kerana sifat ingin tahu mereka.

Keinginan mereka ini adakalanya mengundang bahaya dan risiko kemalangan.

Antara yang sering berlaku adalah mereka sangat suka memasukkan bendasing ke dalam rongga hidung.

Mungkin pada pandangan anak-anak ini tidak ada apa-apa yang merbahaya, namun apabila bendasing tidak dapat dikeluarkan dan mengundang rasa tidak selesa, barulah mereka mengadu kepada orang tuanya.

Buat ibu-ibu jangan panik ya! Bertenang dan apa yang perlu anda lakukan ialah selepas mengesahkan ada bendasing di dalam rongga hidung, lakukan teknik “ Ciuman Ibu”.

Apakah dan bagaimanakah caranya melakukan teknik ini? @Public Health Malaysia ada perkongsiannya.

1. Cium dari bibir ke bibir sehingga kedap udara.

2. Tutup lubang hidung yang tidak terjejas atau tidak tersumbat dengan menggunakan jari anda.

3. Hembus perlahan- lahan di mulut sehingga ada rintangan. Dengan cara ini epiglottis akan tertutup.

4. Kemudian, hembus dengan pantas , tajam dan lebih kuat.

Kajian menunjukkan, 60% ibu berjaya mengeluarkan bendasing di rongga hidung dengan teknik ini.

Namun, jika tidak berjaya, jangan ulang teknik ini berkali-kali. Percubaan terlalu banyak boleh akibatkan anak trauma dan menyukarkan rawatan di hospital.

Segera bawa anak anda ke hospital atau klinik yang berhampiran untuk tindakan lanjut.

Nasihat buat para ibu bapa di luar sana, sentiasa pantau aktiviti anak dan permainan yang ada di tangan mereka.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Kanak kanak memang mempunyai sikap dan naluri untuk meneroka. Antara yang sering berlaku adalah mereka memasukkan…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 4 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments