Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJurujual pilih kasih, Instafamous sentap tak dilayan baik di butik berjenama

Jurujual pilih kasih, Instafamous sentap tak dilayan baik di butik berjenama

Jika benar apa yang diperkatakan, perumpamaan jangan menilai sebiji buku hanya dari kulitnya.

Perumpamaan ini sesuai ditujukan buat para pekerja yang memilih ‘bulu’ dalam melayani pelanggan yang berkunjung ke sesetengah premis jual beli barangan berjenama.

Memetik perkongsian dari laman Instagram Instafamous dan juga pelantun lagu Kembalilah Bersamanya yang dikenali sebagai Ai Wanida telah menyuarakan dan berkongsi pengalaman dilayan secara sinis oleh pekerja di sebuah premis menjual kasut yang diletak di Paradigm Mall, Johor Bahru.

” Can you imagine? Kita tengah sibuk pilih2 kasut di dalam kedai (lebih mahal tapi berkualiti), tapi dia sibuk suruh kita pilih kasut yang lebih murah di luar kedainya. Apa maksud you as staf? Nak menghina kami secara halus hanya kerana penampilan kami macam orang nak pergi pasar malam?

https://www.instagram.com/p/CA9vSULn23l/?igshid=d3kkrjdnfyok

“Dia sebagai staf sepatutnya… Apabila nampak customer berkenan dengan suatu barang tu, layan lah customer tu sampai jadi beli. Ini tidak…. Awal awal dia dah suruh kita pilih kasut di luar kedai kerana harga murah. What?

“Yang lebih geram, dia terus panggil staf lain untuk melayan kami ‘SI SELEKEH’ ini. Allahu, hina sangat ke kami yang berpakaian simple dan biasa ini?

“Btw yang buat wawa mcmtu is ‘STAF PEREMPUAN’. Staf perempuan tu malas layan kami and pass kami kepada staf lelaki. Staf lelaki tu memang baik. Thank you so much yaa ),” kongsi Ai Wahida.

Di akhir perkongsiannya, Ai Wahida sempat menitipkan pesanan berbunyi, janganlah menilai seseorang hanya dari rupa fizikal dan hormatilah semua orang tanpa mengira rupa paras, bangsa dan agama kerana tidak semestinya yang berpakaian buruk itu miskin dan yang berpakaian cantik serta bergaya itu kaya.

Respect each other okey!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments