Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATaska khas untuk anak petugas dan anggota kesihatan

Taska khas untuk anak petugas dan anggota kesihatan

Setelah pihak berkuasa membenarkan pembukaan semula taska, terdapat beberapa pendapat yang diutarakan oleh orang ramai berkaitan pengasingan anak frontliner.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, pengasingan anak frontliner ini adalah disarankan namun tujuan mengasingkan anak frontliner bukanlah disebabkan anak petugas barisan hadapan berisiko tinggi berjangkit COVID-19 daripada pesakit.

1. SOP pengkhususan anak frontliners di pusat jagaan kanak kanak telah disalah tafsir sesetengah pihak sebagai satu…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Selasa, 26 Mei 2020

Pengasingan lebih kepada melindungi kanak-kanak terbabit dari mendapat COVID-19 daripada anak-anak orang lain kerana risiko jangkitan COVID-19 adalah lebih rendah di hospital berbanding berada di tempat awam.

Tempat yang paling selamat ketika ini adalah di hospital atau ICU kerana anggota kesihatan mengamalkan kawalan infeksi yang ketat apabila berhadapan dengan pesakit.

Keadaan kawalan infeksi ini dan status risiko yang rendah di hospital wajib dikekalkan untuk melindungi pesakit.

Oleh sebab itu, anak-anak frontliner tidak boleh terdedah dengan risiko COVID-19 kerana ia boleh menyebabkan pesakit di hospital terdedah kepada risiko jangkitan wabak pandemik ini.

Sebelum ini kami pernah menyiarkan amalan pencegahan COVID-19 di taska. Pengasingan anak frontliner adalah disarankan….

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Senin, 25 Mei 2020

Namun SOP pengkhususan anak frontliner di pusat jagaan kanak kanak telah disalah tafsir sesetengah pihak sebagai satu bentuk diskriminasi kepada anak anggota kesihatan meskipun pengkhususan ini adalah bertujuan untuk mencegah penularan jangkitan berdasarkan faktor risiko yang telah diperhalusi.

Alternatif kepada pengkhususan ini adalah untuk menyediakan taska khusus untuk anak-anak frontliner ( petugas kesihatan dan anggota keselamatan) malah cadangan untuk mewujudkan taska di tempat kerja bukan suatu agenda baharu kerana kerajaan sebelum ini juga pernah mencadangkan perkara yang sama.

Terkini, perkara ini turut disuarakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Dr Noor Hisham sendiri kerana taska khas ini juga telah dilaksanakan di negara lain seperti Amerika Syarikat dan ini adalah waktu terbaik untuk merealisasikan taska di tempat kerja.

Kewujudan taska khas untuk petugas kesihatan bukan sahaja penting semasa tempoh pandemik malah sangat bermanfaat untuk tempoh jangka panjang memandangkan waktu bekerja petugas yang tidak menentu.

Jika kita mampu mewujudkan pusat kuarantin MAEPS dan pelbagai fasiliti penting dalam tempoh singkat, mengapa tidak untuk mewujudkan taska jagaan bukan?

#kitajagakita

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments