Tuesday, July 16, 2024
HomePOLITIKTanggungjawab berat menanti empat menteri kanan

Tanggungjawab berat menanti empat menteri kanan

Kesemua 31 menteri Kabinet semalam mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis pada jam 3 petang itu dimulai dengan irama lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan di Balairung Seri, di istana berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir menyaksikan majlis itu di samping Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang. Kesemua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu kelmarin.

Yang pasti empat menteri kanan kabinet Perikatan Nasional bakal menggalas tanggungjawab besar.

Hari ini adalah hari pertama mereka memasuki pejabat masing-masing.

The Malaya Post menjengah facebook peribadi mereka.

Memulakan hari pertama saya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Buat pegawai-pegawai di…

Dikirim oleh Azmin Ali pada Rabu, 11 Maret 2020

Mesyuarat Jemaah Menteri pertama dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.Bersedia untuk berkhidmat demi negara tercinta!

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Rabu, 11 Maret 2020

 

Selepas Mesyuarat Jemaah Menteri dan menghadiri sidang media YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, saya terus ke Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk memulakan tugasan dihari pertama selepas dilantik sebagai Menteri Kanan-Menteri Kerja Raya.

Sejurus tiba di KKR menyertai pegawai dan kakitangan KKR solat Zohor berjemaah di surau kementerian, diikuti tahlil ringkas dan bacaan doa selamat dipimpin Ustaz Abd Halim Zakaria sebelum memasuki pejabat.

Turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha (KSU) KKR, Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Timbalan KSU dan Ketua-Ketua Agensi dibawah KKR.

Facebook Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin masih belum dikemaskini aktiviti atau tugasan rasmi beliau.

Terdahulu dalam temubual bersama wartawan beliau mengakui memikul tanggungjawab berat sebagai Menteri Pendidikan dalam usaha melonjakkan kualiti pendidikan negara.

Dr Mohd Radzi yang turut dilantik antara empat Menteri Kanan berkata, beliau sedar mengenai harapan tinggi rakyat yang mahukan generasi masa depan negara yang cemerlang dan berkualiti menerusi agenda pendidikan.

Selamat bertugas & semoga Allah SWT memberkati usaha YB demi agama dan negara.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments