Sunday, June 23, 2024
HomeBERITATabung COVID-19 dilancarkan

Tabung COVID-19 dilancarkan

Tabung COVID-19 dilancarkan dengan geran pelancaran sebanyak RM1 juta. Pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorangan digalakkan untuk memberi sumbangan kepada tabung ini demi keprihatinan terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan penularan COVID- 19.

Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan kepada mereka dalam tempoh menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988’ selama 14 hari atau menjalani rawatan di hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh KKM.

Sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses HS dan rawatan tersebut.

Untuk menderma, TABUNG COVID-19

Nama Akaun : TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA

No. Akaun : BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments