Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITATan Sri Arshad Ayub meninggal dunia

Tan Sri Arshad Ayub meninggal dunia

Tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub meninggal dunia pada pukul 2.06 pagi tadi.

Mengesahkan berita pemergian itu, keluarga Allahyarham menerusi satu kenyataan berkata jenazah Allahyarham ketika ini masih lagi berada di hospital.

Lapor Bernama, allahyarham sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan.

Arshad, 93, merupakan pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 sehingga 1975 yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menabur bakti di UiTM dan dilantik sebagai Pro-Canselor selain pernah dipinjamkan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Anak kelahiran Muar, Johor itu juga pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Allahyarham juga aktif berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam dan badan berkanun.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments