Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITATampil anggun sebagai penghias muka hadapan majalah Nona, ramai terpesona kecantikan Cik...

Tampil anggun sebagai penghias muka hadapan majalah Nona, ramai terpesona kecantikan Cik B

Siapa sangka anak perempuan jutawan kosmetik, DS Vida iaitu Cik B tampil anggun menghiasi muka hadapan majalah Nona.

Jika sebelum ini Cik B lebih selesa mengenakan baju yang santai untuk apa jua majlis , namun kini Cik B tampil berbeza dengan mengenakan dress labuh berwarna hitam serta solekan yang menampakkan sisi comelnya. Feminin gitu!

Foto berkenaan dimuat naik oleh Dato’ Seri Vida sendiri di laman Instagram miliknya.

“HAMBEKKKKK.. MANA MAK CIK BAWANG.. SELALU DOK KUTUK @cikb_havoc66 . TENGOK GAMBAR NI.. MEROYAN KE? BERNANAH..? CIK B CANTIK WEYYYY.. SiLA HADAM ye.. KO MAMPU..? ????????????????????”, tulis DS Vida.

Menurutnya, sudah banyak peningkatan yang dilakukan oleh anak gadisnya itu berkat sokongan dari semua pihak, baik keluarga, rakan terdekat dan juga peminat.

Cik B yang dahulunya seorang yang pemalu, tidak yakin pada diri kini telah berubah menjadi Cik B yang baharu.

Cik B juga telah membina perniagaannya sendiri, membuat dan menjual makanan yang diinspirasi dari Korea iaitu Salmon Crumbso.

Ramai yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh cik B yang selama ini terselindung di sebalik hoodie yang dipakainya malah tidak kurang yang mengusik Vida dengan menyamakan seperti Maleficent.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments