Saturday, May 11, 2024
HomeBERITAGenerasi muda mahu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal terajui negara

Generasi muda mahu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal terajui negara

Bukan sahaja rakyat menyaksikan kemelut politik tanah air yang bergolak dan melalui fasa perubahan mendadak, bahkan seluruh dunia turut berdebar menanti apakah kesudahannya.

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia mengejutkan dan membuka mata dunia.

by Sofea Taib

Sudah pasti akan ada pro dan kontra terhadap keputusan drastik negarawan itu.

Ramai yang bersetuju dengan keputusan yang diambil malah ramai juga yang beranggapan hanya Tun Dr Mahathir pemimpin yang paling layak untuk terus menerajui kepimpinan negara sehingga tamat penggal parlimen ke-14 yang masih berbaki lebih kurang tiga tahun lagi.

Menariknya,bukan sahaja golongan dewasa menuntut agar Tun Dr Mahathir dikekalkan malah golongan muda juga nampaknya semakin celik dalam menentukan pilihan mereka termasuk kepimpinan negara.

Golongan muda turut terkesan dengan pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad dan mahukan beliau kembali menerajui pentadbiran Putrajaya secara penuh sehingga habis penggal.

Ini jelas terbukti apabila golongan ini turut membuat perkongsian secara kreatif dan berseni di laman media sosial masing-masing.

Malah ada di antara mereka meninggalkan komen yang agak emosi yang mungkin sekadar meluahkan rasa isi hati mereka.

Mungkin sesuai dengan kata, pemimpin merentasi zaman, Tun Dr Mahathir dilihat diminati oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, kaum, agama mahupun latar belakang.

Mengikut survey yang dilakukan oleh team viral The Malaya Post, banyak perkongsian dan entri yang memua naik respon terhadap peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah mereka tanpa ragu, menyeru agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan rakyat sekaligus memimpin negara terus ke hadapan.

Apa pun, kita mendoakan yang terbaik buat masa depan negara dan bangsa Melayu sebagai majoriti rakyat dalam negara.

Doa kami, semoga figura kesayangan ramai ini berada di dalam lindunganNya, dipanjangkan umur, diberi kesihatan serta dipermudahkan segala urusan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments