Thursday, May 23, 2024
HomePOLITIKTak perlu desak dan ributkan Perdana Menteri - Pengerusi PPBM Terengganu

Tak perlu desak dan ributkan Perdana Menteri – Pengerusi PPBM Terengganu

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu Senator Datuk Razali Idris mengingatkan pihak berkenaan supaya tidak mendesak dan ributkan Perdana Menteri dalam hal yang remeh temeh.

Ini kerana tambah beliau, Tun Dr. Mahathir tahu apa yang nak dibuat dan bagilah peluang seluasnya kepada barisan kabinet jalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

“Dengan pengalaman Tun M lebih 70 tahun dlm politik, saya percaya dan yakin dengan Kepimpinan PM. Jasa beliau dalam pembangunan negara sangat besar. Tak perlu desak dan ributkan Perdana Menteri, kerana Tun Dr. Mahathir tahu apa yang nak dibuat dan bagilah peluang seluasnya barisan kabinet jalankan tanggungjawab mereka dgn sempurna” katanya Senator Datuk Razali kepada The Malaya Post.

Katanya lagi segala keputusan kelak bersabit rombakan kecil kabinet wajar diakuri semua.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan di buat Perdana Menteri di Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini yang mengatakan bahawa tiada kekosongan untuk Anwar dalam kabinet memandangkan tiada yang meletak jawatan.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments