Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITATak jadi berhenti kerja, Dr Say Shazril hargai pengorbanan isteri

Tak jadi berhenti kerja, Dr Say Shazril hargai pengorbanan isteri

Semangat dan kudrat wanita memang tiada tolok bandingnya.

Tanggungjawab yang dilaksanakan sebagai seorang ibu, isteri, anak dan pada masa sama memastikan kestabilan kerjaya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Inilah pujian pengacara rancangan ‘Tanya Doktor’, Doktor Say Shazril atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin buat isteri tersayang, Dr Azura Abas.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadinya, Dr Say mengumumkan isterinya itu menghentikan niat untuk berhenti kerja yang sebelum ini merancang berbuat demikian.

Menurutnya, pihak pentadbiran tempat isterinya bekerja telah meluluskan untuk memberi kelonggaran dan pengurangan masa bertugas buat ibu muda ini.

Jadi, dapatlah isterinya berada lebih masa di rumah dan mampu memberi tumpuan kepada perkembangan anaknya.

Dia yang turut gembira dengan keputusan pihak pentadbiran itu merasakan inilah masa yang sesuai buat isterinya kembali menumpukan perhatian kepada tugas kerana anak mereka telah menunjukkan perkembangan sangat positif dalam rawatan ‘delay communications’.

Pada bulan November lalu, portal kami pernah berkongsi berita akan niat Dr Azura untuk mengundur diri dari tugasnya kerana ingin meluangkan lebih banyak masa dan memberi tumpuan kepada perkembangan kesihatan anaknya yang disahkan mengalami ‘delayed in communication’.

Di samping itu, Dr Say juga gembira kerana isterinya akan mampu terus menjana pendapatan demi membiayai pengajiannya serta membantu keluarga.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments