Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meminta tempoh bertenang seketika dari membuat sebarang komen berkenaan isu pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung BN.
Dalam ciapan beliau di laman Twitternya, Ahli Parlimen Ketereh berkenaan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang memberi peluang untuknya berkhidmat selama dua tahun sebagai Setiausaha Agung BN.

Menerusi ciapan terbabit, beliau turut berkongsi paparan skrin WhatsApp, Annuar Musa menjelaskan beliau dimaklumkan mengenai berita pemecatannya daripada jawatan itu menerusi media.

Ketika dihubungi wartawan, Setiausaha Akhbar, Tun Faisal berkata pihaknya akan mengadakan sidang media petang esok di Putrajaya.
“Ramai rakan-rakan wartawan hubungi saya minta komen dan mahu interview Tan Sri Annuar. Ramai juga sahabat-sahabat yg call dan teks tanya perkembangan Tan Sri.
“Terima kasih atas keprihatinan semua. InsyaAllah, jika tiada aral, petang esok, kita aturkan sidang media di Putrajaya. Saya akan maklumkan masa, tempat nanti,” ujarnya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply