Nama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Selain menyanyi, Elizabeth juga kerap muncul menerusi drama dan telemovie tempatan.
Malah, gadis tinggi lampai ini mempunyai peminat dan pengikut dari pelbagai bangsa.
Terkini, viral apabila seorang pengguna laman Twitter @chrissytwittwit berkongsi sekeping tangkap layar daripada sebuah posting Facebook dipercayai milik bapa penyanyi tersebut, David Tan Suan Chew yang membuat wargamaya berteka-teki apakah benar dia sudah berkahwin.
Menerusi posting Facebook, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy dilihat dalam persalinan serba putih berhadapan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Siew Jim sambil berpegangan tangan.
Menguatkan kebenaran dakwaan ini apabila Lizzy turut dilihat berkongsi ‘wassap story’ dengan kenyataan mengiakan perkhabaran berkenaan.
Jika benar seperti apa yang dikongsi ini, tahniah diucapkan kepada Lizzy dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ❤️
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Aikk?? Elizabeth Tan dah kawin ka??? Ayah dia sendiri post 🙆🏻♀️😍😍😍 wahhhhhhh pic.twitter.com/1QbDIYZ3l8
— justcallmechrissy🧚♂️ (@chrissytwittwit) March 21, 2021

Leave a Reply