Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALebih ketat, lebih bahaya! Bahana pemakaian korset

Lebih ketat, lebih bahaya! Bahana pemakaian korset

Pasti wanita diluar sana sangat menggemari serta mengamalkan pemakaian korset atau ‘girdle’.

Terbukti dengan pemakaiannya, postur dan bentuk badan akan lebih kemas dan kelihatan langsing serta-merta.

Namun, tahukah anda, hakikatnya pemakaian korset yang terlalu ketat untuk jangka masa panjang akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan lagi masalah sakit pinggang.

Menerusi perkongsian platform Facebook rasmi @Public Health Malaysia (PHM), pemakaian korset akan akibatkan tulang rusuk dihimpit menjadikan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus.

Untuk jangka masa panjang, akan berlaku radang di dalam paru paru yang membawa kepada masalah pernafasan kronik.

Ia turut menghimpit organ dalaman lain seperti perut, usus dan esofagus. Sistem penghadaman yang terhimpit menyebabkan asid dari perut naik ke esofagus, maka berlakulah gejala GERD.

Jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan berkurang dan terganggu. Anda bayangkanlah apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?

Tidak salah memakai korset untuk kegunaan majlis atau acara tertentu, namun pastikan ianya untuk jangka masa pendek sahaja.

Jelaslah bahawa memakai korset dalam jangka masa yang panjang adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments